Wednesday, May 27, 2009

Doa Hari Ini


Ya Allah! Cukupkanlah kami dengan rezeki yang halal sehingga kami tidak tamak kepada (perkara-perkara) yang haram. Juga sempurnakanlah kami dengan segala kelebihan (pemberian)Mu sehingga kami tidak mengharapkan (kepada) selain daripadaMu.


Tips Mendidik Anak - version 1

"Apabila anak tiada mood kerana kecewa tidak dapat berbuat sesuatu sebagaimana yang diharapkan, beritahu anak bahawa ‘tidak boleh’ atau ‘tidak dapat’ atau ‘tidak mampu’ itu bukanlah untuk selama-lamanya. Dengan latihan secara istiqamah (berterusan) dan bersungguh-sungguh, kemahiran baru akan diperolehi seterusnya merubah keadaan menjadi ‘boleh’ atau ‘dapat’ atau ‘mampu’ buat"

"Jangan paksa anak meminati apa yang anda suka, sebaliknya bantu mereka kenali kelebihan pada diri di samping memberi galakan dan bantuan ke arah memperkayakan minat mereka itu. Setiap orang memiliki kelebihannya yang tersendiri"

Monday, May 25, 2009

Kata-kata Pujangga


Bercakap-cakap Adalah Bertukar Fikiran, Bertukar Pendapat Dan Bertukar Pengalaman. Rahsia Bercakap ialah Pandai Bicara, Pandai Bertanya Dan Pandai Mendengar.

Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang2 beradab dan berbudi mulia yang dapat kita mengambil manfaatnya. 

Kebanggaan terbesar dalam hidup adalah apabila kita berhasil melakukan apa yang menurut orang lain tidak dapat dilakukan.
 
Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! 

Sunday, May 24, 2009

Sunday, May 17, 2009

Monday, May 4, 2009

papa and mama


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com