Wednesday, July 22, 2009

Majlis Pelancaran Padi Organik (System of Rice Intensification)

Pelancaran PROJEK PERCUBAAN PADI SRI ORGANIK DUN SALOR akan diadakan pada 22 Julai 2009 bersamaan 29 Rejab 1430. Pelancaran ini bakal disempurnakan oleh YAB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dan sekaligus melancarkan produk baru keluaran Sunnah Tani yang menjadi urusetia serta penyelaras projek percubaan padi SRI organik ini iaitu ragi baja organik yang dinamakan sebagai SALOR MOL. Projek Padi SRI Organik ini adalah pertama di Malaysia.

Pelancaran yang diadakan nanti pada jam 3 petang nanti akan dihadiri oleh YB Dato Hj Husam Musa yang merupakan pemula kepada inisiatif projek ini, YB Che Abdullah Hj Mat Nawi , Pengerusi JK Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi Kerajaan Negeri Kelantan serta ketua-ketua jabatan dan ahli-ahli exco dan wakil rakyat di negeri Kelantan. Seluruh rakyat negeri Kelantan juga dijemput hadir untuk bersama-sama mendengar taklimat ringkas padi SRI Organik

papa and mama


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com